Sunday, December 29, 2013

old memories.

Assalamualaikum & hai!
Wah! title entry post kali ni macam zti ni dah tua banget ja tapi rasanya macam dah tua pun. 

ladies & gentleman, sebelum ni zti pernah mengajar tau. primary student je la. alhamdulillah sepanjang zti mengajar, tak pernah zti dengor student zti merungut dia orang tak faham atau tak boleh buat. sentiasa ja kata boleh. 
sebelum tu, risau juga. ye la. zti pun pernah jadi student. tak kurang juga menipu cikgu. iyakan ja apa yang cikgu cakap kat depan, padahal tak faham apa kebenda. tapi, syukur dia orang ni tak pandai menipu. every questionnaire yang zti bagi dia orang boleh solve it. 
by the way, dulu zti mengajar subject math & science. for standard 1 to 6. kiranya memang pegang primary student ja. 

ada suatu hari tu, seorang student tanya kat zti. 'cikgu, kenapa ayam betina bertelur? ayam jantan tak ada telur ke?' student zti ni baru darjah satu. sekarang kan pra-sekolah pun dah ada subjek sains. lepas dengar soalan dia, zti terdiam. kenapa la soalan ni yang ditanya? kenapa bukan soalan lain? 'ehem,' clear my throat. 'semua ayam ada telur cuma ayam betina ja bertelur. okay faham dah kan? can we start over our class?' zti tak mau bagi chance kat dia tanya soalan pelik-pelik lagi. a few minutes later, issue pasal lembu. susu lembu kan kita kena perah. dia tanya lagi, 'cikgu, kenapa mama tak perah susu bagi adik minum?' oh my! student aku ni!! kenapa la tanya soalan macam ni? dah tu, semua orang terus tumpu kat zti. mau tak mau kena juga jawab. dengan malasnya, 'Aiman, manusia tak sama dengan binatang. jangan samakan manusia dengan binatang, okay?' fullstop! thanks god masa mengajar bagi subject science dah tamat. 


satu lagi incident, berkait dengan student standard 3. kelas mathematic. ada seorang student zti ni lemah sikit dalam calculation. zti pula kena habiskan syllabus sebelum masuk syllabus baru. isu pasal sifir.

sifir satu, pass! sifir dua, pass! sifir tiga? blur. sifir empat, jahanam. sifir lima, amboi. pandai. sifir enam hingga ke sifir lapan, jammed! sifir sembilan, sepuluh pandai terlebih la pulakk. 

disebabkan sayang kat student punya pasal, zti buat la satu trick sifir.

alhamdulillah. selepas dua minggu zti push, dia dah boleh hafal semua tu. keputusan peperiksaan penggal akhir dia dapat 98%. proud to say, I'm proud to be me. haha.
  


No comments:

Post a Comment