Monday, December 30, 2013

pening

Assalamualaikum & hi! :)
pening bukan bermaksud mual okay. uh-huh!

actually, one of my friends chat me on facebook. he ask me, 'why don't you find a permanent job?' 'how many work that you did on 2013?' then I ask him, 'why?'. 'you better work as a teacher'. 

huh? agent insurance memang la tak permenant. kalau permenant lari malam company bayar gaji. dengan elaun perjalanan pula tu. tahun ni saja, berapa negeri zti terjah. belum kira yang lain, tambah pula yang commission 20K and above. kalau government mau lari malam jawabnya nak kira elaun perjalanan setiap seorang. bukan setakat harga barang naik harga, harga selangkah kaki keluar rumah pun kena bayar cukai.

berkait mengajar tu, zti seronok sebenarnya. ye la, boleh tengok our result depan mata. salah bentuk, salah la hasilnya. but, I'm not graduated as a teacher but multimedia technology. zti tak boleh suka-suka hati nak mengajar anak orang tanpa kelulusan dan cara pendidikan yang betul. semua ibu bapa nak anak diorang yang terbaik, for sure am I. ehem! one day. insyaAllah.

so then, will update later. maybe on new year? hoyeah-hoyeah! so longggg GRU. erk? haha.


Sunday, December 29, 2013

old memories.

Assalamualaikum & hai!
Wah! title entry post kali ni macam zti ni dah tua banget ja tapi rasanya macam dah tua pun. 

ladies & gentleman, sebelum ni zti pernah mengajar tau. primary student je la. alhamdulillah sepanjang zti mengajar, tak pernah zti dengor student zti merungut dia orang tak faham atau tak boleh buat. sentiasa ja kata boleh. 
sebelum tu, risau juga. ye la. zti pun pernah jadi student. tak kurang juga menipu cikgu. iyakan ja apa yang cikgu cakap kat depan, padahal tak faham apa kebenda. tapi, syukur dia orang ni tak pandai menipu. every questionnaire yang zti bagi dia orang boleh solve it. 
by the way, dulu zti mengajar subject math & science. for standard 1 to 6. kiranya memang pegang primary student ja. 

ada suatu hari tu, seorang student tanya kat zti. 'cikgu, kenapa ayam betina bertelur? ayam jantan tak ada telur ke?' student zti ni baru darjah satu. sekarang kan pra-sekolah pun dah ada subjek sains. lepas dengar soalan dia, zti terdiam. kenapa la soalan ni yang ditanya? kenapa bukan soalan lain? 'ehem,' clear my throat. 'semua ayam ada telur cuma ayam betina ja bertelur. okay faham dah kan? can we start over our class?' zti tak mau bagi chance kat dia tanya soalan pelik-pelik lagi. a few minutes later, issue pasal lembu. susu lembu kan kita kena perah. dia tanya lagi, 'cikgu, kenapa mama tak perah susu bagi adik minum?' oh my! student aku ni!! kenapa la tanya soalan macam ni? dah tu, semua orang terus tumpu kat zti. mau tak mau kena juga jawab. dengan malasnya, 'Aiman, manusia tak sama dengan binatang. jangan samakan manusia dengan binatang, okay?' fullstop! thanks god masa mengajar bagi subject science dah tamat. 


satu lagi incident, berkait dengan student standard 3. kelas mathematic. ada seorang student zti ni lemah sikit dalam calculation. zti pula kena habiskan syllabus sebelum masuk syllabus baru. isu pasal sifir.

sifir satu, pass! sifir dua, pass! sifir tiga? blur. sifir empat, jahanam. sifir lima, amboi. pandai. sifir enam hingga ke sifir lapan, jammed! sifir sembilan, sepuluh pandai terlebih la pulakk. 

disebabkan sayang kat student punya pasal, zti buat la satu trick sifir.

alhamdulillah. selepas dua minggu zti push, dia dah boleh hafal semua tu. keputusan peperiksaan penggal akhir dia dapat 98%. proud to say, I'm proud to be me. haha.
  


new comer am I?

Assalamualaikum & hai!
wiki-wiki! :)
siapa yang tengah makan tengahari sekarang, enjoy your meal. happy lunch! kalau McD baca ni confirm hangin. suka-suka hati tiru tagline dia. hehe.

sebenarnya nak bagitau, blog ni belum officially lagi inform kat kawan-kawan semua. buat masa sekarang ni, rasanya blog ni masih lagi open diary cuma belum diketahui. tapi, kalau tak diketahui pun tak apa. segan pula kalau ramai yang baca lepas tu, dijadikan cerita zti tengah update pasal negative thing, tak pasal-pasal jadi isu. bertambah penyegan lepas tu.

so, disebabkan i'm new comer, ehem! new juga la selepas dua tahun tak sentuh dunia blog. i mean, tak update anything. harapnya lepas ni dapat kawan baru. boleh la buat sharing berkaitan dengan dunia blog yang semakin lama semakin advance sampaikan pening kepala nak study one by one. macam nenek tua, jalan pun kena bertatih. ada masa terpaksa berhenti sebab letih.

last, tadi saja la jelajah balik blog kawan-kawan lama yang da lama tak singgah. minority dah tukar blog baru. ada yang still using existing blog. jadi yang tukar blog baru tu, how come i can get onto you? hmmm? 

p/s : a'an! boleh tak tolong sms link blog baru? hehe.


maria mena & marit larsen

assalamualaikum & hai.
malam ni sahaja, zti update 3 post non-stop. okay, now I know I'm superb active. i'll take a nap before subuh. nnti subuh mula la ayah bising kalau dok tidur.
hmm, rasanya kalau letak nama marion raven & marit larsen, tak semua orang kenal tapi cuba letak M2M. for sure, ramai ja kenal. especially pretty boy! kan?
actually, zti pun minat M2M tapi tak ada la obvious sangat. just sesetengah lagu ja zti minat. bila both of them gerak solo, zti lebih tumpukan lagu marit larsen.

ini pula lagu marit larsen yang zti suka. bila zti tengah gedik-gedik.


ha! pretty boy

alang-alang dah share pasal pangkal nama M ni, zti minat seorang ni. nama dia maria mena. 

lagu dia, majoriti my favorite songs. especially just hold me & mis you love. 

so, enjoy of these three videos. night ladies and gentleman. meet up tomorrow morning. insyaAllah



salam akhir tahun 2013

Assalamualaikum & hai.
Antara sedar dan tak sedar, tahun 2013 dah bertemu penghujungnya. lagi 2 hari akan akan berubah tahun dan tambah la usia kita di muka bumi ini.
oleh yang demikian, zti ada something nak share sebelum kita menginjak ke lembaran baru. sepanjang tahun 2013 ni macam-macam kenangan yang manis, pahit, kelat, masam, masin, dan tawar zti rasa. ada juga sampai ke tahap give up on my life. itu yang paling teruk zti rasakan sepanjang tahun ini.
tapi tak kurangnya juga dengan kenangan manis melecas yang zti rasa. ini seronok la sikit kalau nak explain kan. kalau yang tak best tu, nak share pun segan.
awal tahun hari tu, pertama kali dalam hidup zti, zti jejakkan kaki ke Genting Highland sebagai agent insurance untuk convention. seriously best! sambil kerja, sambil have fun! a few weeks later, ada pula apa ya? tak ingat la pula tapi kami kena buat goal target bagi tahun 2013 di Jerejak, Pulau Pinang. lepas tu, rasanya di Perlis, habis semua best location zti terjah. niat kerja, tapi lepas tension kerja di tempat rekreaksi di sana. di Perlis zti buat kerja kat sna sebulan ja, bukan rezeki zti kat sna agaknya. on May, kenduri kahwin abang. oh lupa, akad nikah April, 20. selepas itu, hujung bulan Mei, biasa la. cuti kan. ambil peluang adik beradik kahwin, kami pula shopping di Kelantan. nasib baik masing-masing bawa kereta asing. shopping tak ingat dunia. haha! on June, zti dah start keluar masuk Pulau Pinang. selepas sebulan, kami sewa homestay. duduk 3 bulan ja, penat! duit-duit-duit. cari punya cari rumah sewa, dapat la duduk kat flat tapi alhamdulillah. rumah bersih. surrounding pun tak kotor. dapat pula jiran peramah, rajin pula tu tolong sapu halaman depan rumah kami :D zti duduk rumah sewa sebulan ja lepas tu dah balik alor setar. ayah dah mula bising, duit keluar lebih banyak berbanding yang masuk. terpaksa la. -.-' tapi selama zti ada kat Penang, semua tempat kami terjah. banyak juga yang zti tau selok belok di Penang. dari asalnya makan nasi mamak ja sampai la ketemu nasi campur melayu. kenangan tu!
sebulan duduk di alor setar. macam biasa business have to go on even tak ada partner. lepak kat kafe sorang-sorang. makan pizza sorang-sorang, hujung November, kawan lama zti yang sekarang ni dah jadi artis. one of my cousin's favorite actress, datang kedah. berlakon teater di Alor Setar selama seminggu. at least I have a mate untuk teman bersembang, have a lunch together, spending nights and days. thanks God! zti sempat juga jumpa balik dengan kawan lama yang dah sememangnya lama tak contact even dia pun duduk kedah. on December, zti ikut mak balik langkawi. almost a month zti kat sna. rasanya seminggu ja zti balik Alor Setar sepanjang December. itu pun sebab nak celebrate birthday adik & 'met someone who stole my heart'. on Dec sempat juga study negeri Pahang, Bentong. even a day. at least, dapat juga tahu waktu solat kat sana awal 4 minit dari waktu solat di Alor Setar. :)
by the way, on Dec I'd fall in love with someone. ehem! yang penting, zti berjaya juga buka pintu hati selepas membatukan hati ini selama dua tahun. fuhh. i love that feel sampaikan terlalu takut akan perpisahan.
lastly, I'd got three gifts. semua gelang tangan. satu friendship bracelet, satu lagi my aunt dari Terengganu hadiahkan, last one kawan lama mak hadiahkan. silver bracelet plus "adik nak lelaki macam mana? mak cik suka orang kaya" oh my! I've already my own. until then, this is what the best part of me on 2013. jangan tanya pasal what's your the bad part of 2013 sebab sebolehnya nak remove semua tu before 2014. insyaAllah.

greeting!!!

Assalamualaikum & hai.
Pertama sekali nak beritahu anda-anda dan anda semua yang saya ni bahasa agak lemah sedikit. jadi dalam percakapan atau dalam penulisan, saya selalu guna bahasa rojak. tapi tak ada la sampai ke tahap mengubah ejaan sampai ke rojak masam. cuma guna standard short form. :)

jadi, sebagai permulaan dalam mengarang blog selepas dua tahun berhenti atas masalah teknikal, kritikal, mekanikal dan apa-apa la, saya nak perkenalkan diri kepada new comers nama saya Nur Izzati tapi saya lebih selesa orang panggil saya dengan nama izzati cuma ejaan ja saya suka singkatkan, biar tinggal tiga abjad ja. 'zti'.


untuk pengenalan, saya ni suka mengarang blog waktu lewat malam atau petang. susah sikit nak update blog waktu orang sekeliling tengah aktif. macam-macam gangguan sampaikan mood pun kena ligan. hihi. bab komen-mengomen ni, laju ja jari ni membalas asalkan internet henfon tak expired atau saya ada kat rumah hadap laptop. :)

selain itu, existing members blog tau saya suka meluahkan segala apa yang melintas di fikiran atau menyentuh perasaan. kiranya, always update everything. kalau rajin, ada la sekeping dua gambar yang saya selit. tapi, kalau dah malas tu sekeping pun tak ada.

akhir sekali, salam perkenalan pada yang baru saya kenal + baru mengenali saya. pada yang sememangnya kenal saya, you know who am I on your best view. right?

Wassalam.